AHLAN WA SAHLAN
Tadika Manjaku Pintar di tubuhkan pada 16 Januari 2013. Walaupun umur tadika hanya setahun jagung namun begitu, kami berkesinambungan menjalani proses pembelajaran untuk meningkatkan taraf perkhidmatan kami selaku pendidik dan memberikan yang terbaik dalam penyampaian ilmu seiring dengan penguasaan informasi teknologi yang maju dalam negara.
Tadika Manjaku Pintar juga bersama-sama menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing kelak bermula dengan pandidikan awal untuk menyuburkan dan menyerlahkan potensi kanak-kanak dari segi kemahiran yang mereka miliki.
Umur pelajar : 5 dan 6 tahun
Bil kelas : Kelas Delima (5 tahun) & Kelas Nilam (6 tahun)
Bil pelajar : Kelas Delima (20 orang) & Kelas Nilam (25 orang)
Nama Guru : Puan Izreen Binti Osman (Kelas Delima)
Nama Guru : Puan Azira Binti Alawi (Kelas Nilam)
ALAMAT TADIKA
TADIKA MANJAKU PINTAR BISTARI
P/s No 233, Lorong Pertama.
Jalan Siput,Taman Meranti Jaya
34600 Kamunting, Perak Darul Ridzuan.
MOTO TADIKA
PINTAR DAN BERSAHSIAH
VISI TADIKA
Menyediakan satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan efisyen bagi merealisasikan objektif membentuk pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang.
MISI TADIKA
Melaksanakan konsep tadika yang berteraskan kepada penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Fasih membaca dan mengenal nombor serta melahirkan kanak-kanak seimbang melalui penerapan nilai-nilai kerohanian dan sahsiah diri yang mantap.
LOGO TADIKA MANJAKU PINTAR
HURAIAN LOGO
WARNA BIRU
Membawa
maksud kelembutan dalam ketegasan. Sistem pengajaran dan pembelajaran yang
diamalkan di tadika bertitik tolak dengan amalan pendekatan pelbagai teknik
yang berunsurkan perilaku yang lembut tetapi didalamnya penuh dengan pengisian
yang berguna. Cara penyampaian guru dalam penyampaian ilmu perlukan pendekatan
psikologi yang tinggi dalam melentur kanak-kanak.
TOPI
IJAZAH DAN SIJIL
Menunjukkan
apabila pelajar tamat belajar di tadika, mereka membawa bersama ilmu yang
dipelajari dan seterusnya mengaplikasikannya apabila masuk ke sekolah rendah
kelak.Ilmu yang diperoleh adalah sangat bermakna dan merupakan asas utama
sebelum melangkah lebih jauh lagi dalam meniti jambatan ilmu keperingkat yang
lebih tinggi.
BUNGA
TULIP
Bunga
tulip melambangkan kebersihan hati setiap kanak-kanak yang masuk ke tadika.
Mereka umpama kain putih yang perlu digilap.Warna kuning bunga tulip memberi
simbol kanak-kanak yang pada naluri mereka mempunyai rasa ingin tahu yang
tinggi. Sebagai pendidik pihak tabika bertanggungjawab menjawab semua
persoalan yang diutarakan kanak-kanak
tersebut.
BUNGA
MATAHARI YANG CERIA
Lambang
kecerian dan gembira dapat dipaparkan dengan symbol bunga matahari yang
tersenyum. Ini adalah salah satu matlamat kami sebagai pengusaha
bertanggungjawab member suasana ceria dan gembira kepada kanak-kanak dan
melampirkan teknik belajar sambil bermain disamping mengetengahkan bakat-bakat
terpandam kanak-kanak.
MOTO
PINTAR DAN BERSAHSIAH
Moto
yang dipaparkan dilogo melambangkan betapa kami bersungguh-sungguh berusaha
untuk mendidik pelapis bangsa yang bukan sahaja pintar tetapi juga elok dari
segi kelakuan dan disiplinnya. Ini sebenarnya usaha yang amat penting kerana,
sahsiah yang mulia akan menjamin hidup yang bahagia dan disayangi oleh sesiap
sahaja.
MAKSUD
TADIKA MANJAKU PINTAR
Anak-anak
kecil seawal usia 5 dan 6 tahun sememangnya mempunyai watak yang manja. Sesuai
dengan nama yang dipilih, sebagai manjaku. Pintar pula bermaksud cerdik dan
pandai. Apabila si manja
di gilap dan diajar dari awal usia mereka akan menjadi lebih bermotivasi dan
berinspirasi di masa depan.
No comments:
Post a Comment